Dera: Polis Sahkan Bapa Saudara Yaya Ditahan Bantu Siasatan

ALOR SETAR - Selepas menahan reman pasangan suami isteri melibatkan ibu tiri dan bapa kandung kepada kanak-kanak mangsa dera baru-baru ini, pihak berkuasa mengesahkan turut menahan bapa saudara kepada kanak-kanak perempuan malang berusia lima tahun itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek yang merupakan bapa saudara mangsa itu ditahan bagi membantu siasatan pihaknya berhubung kes tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung tangkapan berkenaan ekoran pihak polis siasatan sedang dijalankan.

"Saya sahkan penangkapan bapa saudara mangsa untuk membantu siasatan," katanya yang dipetik dari Harian Metro, semalam.

Sementara itu, beliau turut mengesahkan reman suami isteri iaitu ibu tiri dan bapa kandung mangsa dera yang berakhir hari ini dilanjutkan tiga hari lagi untuk siasatan menyeluruh.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dalam keadaan lemah dan tidak bermaya dipercayai didera ibu tiri di Rantau Panjang, Kelantan.

Kanak-kanak perempuan yang dipercayai menjadi mangsa dera pihak tidak berperi kemanusiaan itu bukan sahaja terpaksa menanggung derita kira-kira enam bulan, malah turut mengalami kecederaan serius apabila patah 13 tulang. -Kedahnews.com