Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan. |
Susulan harga minyak naik sebanyak 10 sen bermula malam tadi, sudah
tentulah ia mengecewakan ramai orang.
Justeru, status yang dimuat naik
dalam akaun bernama "Ahmad Maslan" itu menggambarkan sikap seolah beliau tidak peka
dengan situasi tersebut dan menimbulkan kemarahan ramai.
“Minyak naik RM0.10 tapi KFC ramai juga orang. Beban dimana?” tulis status berkenaan.
Gara-gara status berkenaan, sudah tentulah Ahmad Maslan teruk diamuk pengguna Internet kerana ia dilihat
seolah-olah tidak memahami beban yang ditanggung, dan selain status
berkenaan, dua status lain turut mencuri tumpuan.
Walau bagaimanapun, tak lama selepas ia diviralkan, Ahmad
Maslan tampil di laman mikro Twitter rasminya bagi menangkis
status-status fitnah tersebut.
Timbalan Menteri itu mendakwa bahawa akaun Facebook tersebut adalah palsu dan bukan miliknya seperti yang disebarkan secara meluas oleh pihak tertentu.
Tidak pastilah sama ada tindakan tersebut dibuat pihak-pihak tertentu atas
niat untuk menfitnah atau sekadar mengusik, tapi sekiranya ia benar-benar palsu, maka faham-faham sendirilah apa hukumnya menurut Islam, bukan? Termasuklah yang menyebar tanpa usul periksa, bukan?
Cuma yang Kedahnews.com peliknya, setahu kami harga petrol naik pada tarikh 1 Julai, tapi kenapa pula tweet yang mencetus kemarahan terhadap Ahmad Maslan itu bertarikh 31 Mei dan 1 Jun? Agaknya pihak berkenaan tergopoh-gapah terlupa edit?
Cuma yang Kedahnews.com peliknya, setahu kami harga petrol naik pada tarikh 1 Julai, tapi kenapa pula tweet yang mencetus kemarahan terhadap Ahmad Maslan itu bertarikh 31 Mei dan 1 Jun? Agaknya pihak berkenaan tergopoh-gapah terlupa edit?
Umumnya kita semua tahu bahawa nama Ahmad Maslan sudahpun dikenali dengan pelbagai
gelaran negatif akibat tindak-tanduknya sebelum in, namun sekurang-kurangnya beliau masih lagi saudara kita yang beragama Islam yang tidak menentang agama Allah, bukan? - Kedahnews.com