DURIAN FREE! Jangan Lupa Ke Alor Setar Hari Ini..!!!

Shiong Lian (kanan) bakal menyediakan seribu biji durian sumber gambar, MStar
Khas buat para penggemar durian khususnya yang sedang berada di negeri Kedah, jangan lepaskan peluan keemasan hari ini di mana anda boleh mengambil durian atau menjamu selera secara percuma di Festival Durian Percuma!

Festival yang pertama kali diadakan itu dijayakan oleh seorang pemilik kebun durian, Lee Shiong Lian, 53, untuk berkongsi dengan pelanggannya sambil membantu mempromosikan negeri Kedah.

“Saya mempunyai 200 batang pokok durian, juga buah-buahan lain termasuk rambutan serta manggis.

“Jenis durian di kebun saya ialah Musang King, Ang Heh (Udang Merah), Tangkai Panjang, D2,D24,D99,D604 dan macam-macam lagi,” jelas Shiong Lian

Shiong Lian memberitahu dia akan menyediakan 1,000 biji durian bermula 11 pagi hingga 4 petang di Rest City Restaurant, berdekatan dengan Putra Medical Centre, Jalan Sekerat.

“Siapa cepat, dia dapat. Sempena bulan Ramadan, orang Muslim boleh membawa pulang manakala bukan Muslim boleh makan terus di sini,” katanya lagi.

Selain itu, beliau juga menjual durian semasa festival tersebut di mana harganya hanya sekitar RM5 hingga RM20 per kilogram.

“Musang King dijual pada harga RM20 per kg, Ang Heh RM10, D2 (RM10) dan lain-lain RM5 – RM6 per kg.

“Saya tidak ada apa-apa agenda yang menguntungkan. Cuma saya gembira berkongsi durian saya dengan orang ramai dan kawan-kawan,” ujarnya yang dipetik dari mStar. -Kedahnews.com