Ekspo Anime Di LA: Peserta Sanggup Berhabis RM23,000 Untuk Dapat RM11,300


Selepas berbulan-bulan membuat persediaan dengan menghabiskan ribuan dolar, peminat cosplay berpeluang menghadiri Ekspo Anime di Los Angeles untuk mempamerkan pelbagai watak animasi dan manga Jepun kegemaran mereka.

Sekurang-kurangnya 100,000 orang menghadiri pelbagai acara termasuk peragaan fesyen, konsert dan pertandingan kostum yang diadakan selama empat hari pada awal Julai. Walaupun yuran penyertaan cuma AS$39 (RM100), jumlah dilaburkan pesertanya bukan sedikit.


Ada yang sanggup menghabiskan sepanjang tahun untuk persiapan dan membelanjakan sehingga AS$6,000 (RM23,000) dengan harapan meraih hadiah pertama, wang tunai AS$3,000 (RM11,300), mesin jahit dan baucar rambut palsu bernilai AS$100 (RM380).

Peserta datang dengan memakai pelbagai kostum dan hiasan termasuk topeng, telinga ala tikus dan baju robot dalam acara yang diadakan setiap tahun sejak 1992, apabila sekumpulan pelajar UC Berkeley menubuhkan persatuan bagi pencinta budaya animasi Jepun.


Pertandingan karaoke dan pameran permainan video baru Nintendo serta Playstation juga diadakan. Malah penerbit Hollywood juga kerap dilihat di acara itu bagi mendapatkan idea baru.

Sumber: myMetro