Emma Maembong |
Gara-gara terlalu sibuk menjalani penggambaran, aktres jelita, Emma Maembong memberitahu bahawa dia tidak berkesempatan untuk melakukan persiapan menyambut perayaan Aidilfiri kali ini.
20
Jelas Emma, seperti tahun sebelum ini, dia dan keluarga sememangnya menyambut Hari Raya Aidilfitri secara sederhana.
“Raya kami sekeluarga biasa saja, persiapan pun secara sederhana saja dan tiada apa yang berbeza antara raya tahun ini dengan tahun-tahun sebelumnya.
“Tiada apa-apa tema pun sebaliknya kami pakai apa yang ada dan tidak lah terlalu beria sangat menghias rumah.
“Tahun ni saya sangat sibuk dengan penggambaran drama bersiri. Hampir setiap hari penggambarn habis sehingga pukul 3 atau 4 pagi.
“Jadi saya memang tak beli pun baju raya. Lagipun saya sudah ada koleksi yang dihasilkan Melinda Looi, jadi saya pakai baju-baju itu saja lah,” katanya yang dipetik dari Malaysian Digest.
Dalam pada itu, Emma memberitahu akan pulang beraya ke kampung halaman, di Kuala Terengganu, Terengganu. -Kedahnews.com