Etika Berpakaian Di Pejabat Kerajaan: Ini Kod Etika Berpakaian DAP?

Etika berpakaian "baru" ala Adun DAP?
ALOR SETAR - Entahlah apa niat perjuangan Adun DAP Kinrara, Ng Sze apabila dia dilaporkan sengaja mencabar kod etika rasmi berpakaian di pejabat-pejabat kerajaan yang telah dilaksanakan sejak sekian lama.

Semalam, Ng Sze yang mungkin mahu menempa nama dengan kontroversi baru dengan memperolok-olokkan kod etika pakaian tersebut dengan aksi yang dilihat akan mencetus pengaruh negatif di kalangan rakyat di negara ini.

“ANDA dialu-alukan berskirt mini atau berseluar, baju tiada lengan dan apa saja yang anda selesa, selagi tidak berbogel”.

Di halaman Facebooknya, pemimpin DAP itu telah memuat naik gambar cara berpakaian untuk berurusan di pejabatnya yang membenarkan sebarang bentuk pemakaian ‘selagi tidak berbogel.”

Kod etika berpakaian "baru" DAP?
Selain itu, pemimpin politik pembangkang itu juga memuat naik tujuh cara berpakaian yang kononnya "dibenarkan" sebagai panduan untuk pengguna.

Ia termasuk gaya kasual (gambar berseluar pendek), profesional (berdasi dan tali leher), tradisional (pakaian Melayu), pakaian ketat, anggun (berkain belah ke paha) dan pakaian sukan (ala ahli gimnastik).

Sebelum ini, tindakan seorang wanita diminta memakai kain sarung ketika berurusan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Wangsa Maju mencetuskan kontroversi di alam maya.

Pakai saja di pejabat DAP, rasanya tiada siapa yang melarang...
Soalnya, di mana salahnya untuk terus mengekalkan kod etika berpakaian sedia ada yang bersifat sopan, standard dan mencerminkan disiplin yang selaras dengan etika ketamadunan tersebut? -Kedahnews.com