"Freemason? Gila Ke Apa Korang Ni?" - Nora Danish


Mungkin inilah harga yang perlu dibayar oleh selebriti popular, apatah lagi jelita dan menjadi perhatian ramai.

Apa sahaja yang mereka lakukan, begitu pantas mendapat perhatian daripada semua orang termasuklah daripada peminat dan juga mungkin daripada haters mereka khususnya di zaman serba internet ini.

Baru-baru ini, nama Nora Danish kembali menjadi perhatian apabila aktres comel ini dikatakan memakai lambang Freemason ketika bercuti di pulau peranginan Bali.

‘Berang’ dengan tuduhan tersebut, Nora segera menulis melepaskan geram di ruangan Instagramnya.

“Freemason? Gila ke apa korang ni? Cuba Google Freemason punya lambang! Jangan negatif sangat la dengan semua benda. Tolonglah,” tulis Nora, kecewa dituduh semberono baru-baru ini.


Setahu kami, memang agak jarang para peminat dapat melihat Nora "mengamuk sebegitu.

Namun, mungkin kali ini dia sudah tidak dapat menahan lagi dengan tohmahan segelintir peminat yang sering kali memberi pelbagai label dan gelaran kepada Ratu Instagram Malaysia itu. -Kedahnews.com