Gadis Kolej Tipu Ibu Ayah Untuk Bersama Kekasih Di Bilik Hotel Di Alor Setar

Bungkusan kondom turut ditemui ketika operasi
ALOR SETAR - Seorang remaja perempuan berusia 22 tahun tergamak menipu kedua ibu bapanya hanya semata-mata mahu bersekedudukan berdua-duaan bersama kekasihnya sebelum dicekup pegawai penguatkuasa agama di sebuah bilik hotel di bandaraya Alor Setar.

Gadis yang merupakan seorang penuntut di sebuah kolej di Kuala Lumpur itu dikatakan telah menipu ibu bapanya dengan memberi alasan kononnya tiket bas pulang ke kampung sudah habis dijual.

Namun, tembelang gadis itu pecah terburai di akhir Ramadhan yang penuh barakah ini apabila ibu bapanya apabila terpaksa hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) untuk mengikat jamin anak gadis mereka itu pada Sabtu lalu. 

Ketika ditahan, difahamkan bahawa remaja itu dilihat berdua-duaan bersama pasangan yang turut berusia 22 tahun dan pelajar sebuah kolej di Pulau Pinang dalam keadaan mencurigakan. 

Turut ditahan dari operasi berkenaan ialah seorang lelaki dan perempuan bersama bungkusan plastik dipenuhi dengan kondom, dipercayai untuk diedarkan kepada individu tertentu bagi tujuan maksiat. 

Dilaporkan bahawa seorang daripada pasangan yang ditahan dalam serbuan di bilik hotel itu juga disyaki bertindak sebagai dalang yang mengedar kondom berkenaan.

Memetik dari laporan Sinar Harian, mereka didapati tidak memiliki hubungan sah sebagai suami isteri ketika disiasat pihak penguatkuasa agama.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang Jaik, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, pelbagai alasan diberikan pasangan dalam Ops Ramadhan di hotel-hotel yang terletak di sekitar bandaraya Alor Setar.

Antara alasan diberikan pasangan ditahan khalwat berkenaan adalah pergaduhan keluarga dan menghantar barangan untuk kegunaan sewaktu sahur.

“Mengenai remaja perempuan tersebut, dia memaklumkan kepada ibu bapanya akan pulang ke rumah pada hari Ahad, namun sebenarnya dia balik awal dari tarikh dimaklumkan.

"Malah, remaja itu juga bertindak menyewa di bilik hotel berkenaan bersama teman lelakinya," katanya lagi. -Kedahnews.com