Gadis Melayu Muslim Jual Tubuh Di Facebook?

Zara
ALOR SETAR - Kedahnews.com tidak pasti sama ada perkara ini "main-main" atau "betul-betul", namun sama ada betul atau tidak, perkara ini pada pandangan kami sangat memalukan dan perlu diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Seorang pengguna di laman sosial Facebook sedang giat menjalankan aktiviti maksiat diyakini menjurus ke arah aktiviti pelacuran di serata negara.

Merujuk pada laman Page, Zara XXX High School - Zara Extreme, pemiliknya telah memuat naik gambar seorang gadis yang "chubby" membayangkan dia adalah pemilik kepada laman Page Facebook berkenaan.


Menjijikkan, tanpa mengira sensitiviti masyarakat Malaysia yang majoritinya beragama Islam, Zara yang mungkin berbanga Melayu dan beragama Islam tanpa segan silu mempromosi khidmat menjual tubuhnya secara online.

Malah, aktiviti maksiat berkenaan tetap dijalankan meskipun di bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini.

Mengejutkan, Zara mendakwa seorang lelaki lulusan universiti Islam tersohor dunia, Universiti Al-Azhar, yang juga merupakan suami kepada seorang juruhebah radio Institut Kemahiran Islam Malaysia (IKIM) telah melanggan tubuhnya dan berhutang padanya sebanyak RM3,000.


Kami kira, kenyataan Zara itu mungkin akan membuat ramai juruhebah wanita di IKIM yang akan "sentap" terhadap suami masing-masing dan mengakibatkan kepada keruntuhan rumahtangga mereka.

Lebih berani lagi, Zara turut memuat naik beberapa panggilan telefon dari beberapa lelaki yang cuba mendapatkan khidmat darinya, beserta dengan nombor telefen mereka!

Kedahnews.com menyarankan supaya pihak berkuasa khususnya SKMM dan PDRM supaya segera menyiasat serta mengambil tindakan terhadap perkara ini dan kami khuatir sekiranya ia akan menjadi "barah" serta ikutan di negara ini. -Kedahnews.com


Astaghfirullahil'azim... bulan puasa pun dok jual-beli tubuh? kat Facebook pulak tu... apa nak jadi?
Posted by Kedahnews.com on Thursday, July 9, 2015