Floyd Mayweather |
Apa yang melucukan mengenai perkara ini adalah gelaran tersebut dilucutkan darinya disebabkan Mayweather gagal melunaskan yuran kemasukan berjumlah AS$200,000 (RM761,800) yang ditetapkan WBO dalam perlawanan terbabit.
Memetik dari agensi berita Reuters, peraturan WBO memerlukan peninju untuk membayar 3 peratus hasil kemenangan peninju untuk gelaran juara dunia dengan yuran maksimum berjumlah AS$200,000.
Peraturan tersebut juga menghalang juara WBO untuk menyandang sebarang gelaran di mana-mana kategori pun.
Mayweather ketika ini memegang gelaran juara dunia WBC dan WBA bagi kategori middleweight dan welterweight masing-masing.
Penggantungan itu dikeluarkan oleh jurucakap WBO dalam satu kenyataan dari ibu pejabatnya yang berpangkalan di Puerto Rico itu pada Isnin.
Bagaimanapun, Mayweather diberi tempoh selama dua minggu untuk membuat rayuan. – Kedahnews.com