KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON95 naik 10 sen manakala RON97 sebanyak 20 sen seliter bagi Julai 2015 berkuat kuasa tengah malam tadi.
“Namun harga diesel kekal pada RM2.05 seliter,” kata Timbalan
Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia Datuk
Zulkifli Mokti ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata harga baharu RON95 ialah RM2.15 seliter manakala
RON97 sebanyak RM2.55 seliter selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST).
“Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Julai ini,” katanya. – BERNAMA