MEDAN — Pesawat Hercules C130 milik Angkatan Udara Tentera Negara
Indonesia (TNI) dilaporkan terhempas di kawasan perumahan awam di Jalan
Jamin Ginting, Medan hari ini.
Punca pesawat terbabit terhempas dan seramai 20 orang mangsa dilaporkan terkorban buat masa ini dikesan oleh pasukan pencari dan penyelamat yang menjalankan operasi di lokasi tragedi berkenaan.
Difahamkan bahawa beberapa saat selepas berlepas dari Lapangan Terbang
Bandara Suwondo Medan, juruterbang pesawat malang itu sempat memohon
untuk kembali mendarat atau “return to base” (RTB) kepada menara
pengawal.
Permintaan ini biasanya dilakukan apabila juruterbang mengesan terdapat masalah pada pesawat.
Bagaimanapun, sejurus berbuat demikian pesawat yang dalam perjalanan
dari Suwondo-Tanjung Pinang itu melencong ke kanan sebelum terhempas.
Menurut seorang saksi tragedi, pesawat itu dilihat menjunam sebelum terhempas di kawasan perumahan berhampiran.-Kedahnews.com