Ibu Bapa Saya Meninggal Dunia Kerana Ilmu Hitam - Aeril Zafrel

Pelakon, Aeril Zafrel mendedahkan bahawa kedua ibu bapanya telah menjadi mangsa ilmu hitam sehingga menyebabkan mereka meninggal dunia akibat sihir berkenaan beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun katanya, dengan kuasa Allah SWT, Aeril kemudian telah dibuka hijab dan diberi kelebihan luar biasa di mana dia mendakwa mampu melihat makhluk halus.

Kelebihan itu diterima Aeril hanya selepas kedua ibu bapanya meninggal dunia.

"Kadang-kadang hijab saya terbuka dan saya boleh lihat (makhluk halus). Tetapi saya tidak mahu terlalu banyak menceritakan perkara berkenaan. Takut orang salah tafsir pula.

"Semua itu bermula selepas ibu bapa saya meninggal dunia kerana buatan orang. Tidak lama selepas itu saya pula yang terkena," katanya 

Mengulas lanjut mengenai kelebihannya itu, suami kepada Wawa Zainal ini terpaksa merahsiakan kebolehan luar biasanya itu kerana takut ia disalah tafsirkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggung jawab.

Memetik laporan dari mStar, Aeril dikatakan telah berjinak-jinak dengan ilmu perubatan tradisional bagi merawat penyakit-penyakit, khususnya yang melibatkan jin dan makhluk halus yang mengganggu kehidupan manusia.

"Kejadian tersebut membuatkan saya cuba belajar ilmu-ilmu perubatan Islam," jelasnya. -Kedahnews.com