MELBOURNE – Ia adalah satu pembedahan menakjubkan apabila seekor ikan emas yang menghidap tumor, berjaya diselamatkan.
Dr. Tristan Rich yang juga ketua jabatan hidupan liar dan eksotik
Hospital Binatang Lort Smith Animal berjaya membuang ketumbuhan di
bahagian kepala ikan emas yang diberi nama George itu.
George yang berusia 10 tahun itu sebelum ini berdepan dengan
kesukaran untuk berenang dan bernafas. Ikan itu juga sukar makan dengan
sempurna malah tumor tersebut juga menjejaskan penglihatannya.
Pemiliknya kemudian melihat ketumbuhan itu makin besar lalu merujuknya kepada Dr. Tristan.
Selepas Dr. Tristan mencadangkan supaya pembedahan dilakukan dengan
George diberi ubat tidur, maka pemiliknya memutuskan untuk melakukan
pembedahan itu yang menelan kos sebanyak RM645.
Meskipun ikan diberi ubat pelali namun air disalurkan melalui insangnya bagi memastikan George tidak mati.
“Kami cuba memastikan agar George tidak kehilangan banyak darah
kerana ia adalah ikan yang kecil, jadi kalau darahnya hilang, ia tidak
mampu bertahan,’’ kata Dr. Tristan.
Ini bukan pembedahan kali pertama dilakukan ke atas ikan kecil
sebaliknya beliau mempunyai mengalaman melakukannya sejak beberapa tahun
lalu. -Kedahnews.com