Gambar Hiasan |
Sebelum ini, masyarakat Melayu gempar dengan tindakan provokasi
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) cuba merobohkan struktur huruf UMNO
dibina di depan bangunan ibu pejabat negeri parti itu di George Town.
Susulan insiden itu, ramai netizen menyifatkan tindakan pihak
berkuasa tempatan itu sebagai usaha kerajaan DAP Pulau Pinang sedikit
demi sedikit mahu menghapuskan segala kesan pengaruh parti Melayu
tersebut di negeri itu.
Awal tahun ini secara kebetulan, masyarakat Melayu di Pulau Pinang
‘gempar’ dengan tindakan beberapa masjid diarah tidak lagi melaungkan
azan dengan pembesar suara kerana dianggap mengganggu penduduk bukan
Islam.
Ada juga melihat langkah kecil itu menyerupai apa yang pernah
dilakukan PAP, parti pemerintah di Singapura dan pengasas DAP di
Malaysia; langsung mengharamkan azan di luar bangunan masjid sejak 1974
atas alasan sama.
Bagi memahami senario di Singapura, penulis memetik beberapa laporan
daripada pelbagai sumber sahih agar ia boleh dijadikan pengajaran
mengenai nasib umat Melayu di Malaysia jika DAP berkuasa memerintah
negara ini.
Sekadar rekod, menurut perlembagaan DAP sendiri, jelas dinyatakan
akan menghapuskan segala hak istimewa bumiputera dan terbaharu
mengurangkan secara drastik jumlah kakitangan awam Melayu apabila
berkuasa kelak.
Di Singapura, perkara ini sudah berlaku dengan alasan masyarakat
Melayu adalah minoriti, maka pengambilan penjawat kerajaan mesti
mengikut nisbah penduduk; termasuk penempatan di kawasan perumahan awam.
Bayangkanlah jika sesebuah flat ada ramai penghuni Melayu, tidak kira
ahli keluarga atau saudara mara sendiri; mereka akan dipindah semula ke
tempat lain bagi memastikan jumlah penduduk mesti ikut nisbah penduduk.
Dengan cara itu, langsung tiada kawasan di Singapura yang mempunyai
majoriti Melayu, sekali gus memecahkan undi politik mereka setiap kali
proses pilihan raya kebangsaan. Keadaan ini sudah pun berlaku di Pulau
Pinang.
Paling sedih, isu nisbah di Singapura turut melibatkan kemasukan
pelajar ke institusi pengajian tinggi walaupun kononnya pemerintah
republik itu mendakwa mereka mengamalkan prinsip meritokrasi pendidikan
awam.
Contohnya daripada 100 penuntut baharu, hanya empat anak Melayu
diterima masuk berdasarkan kuota iaitu nisbah penduduk Melayu konon cuma
empat peratus, walaupun ramai anak Melayu cemerlang dalam peperiksaan.
Empat pelajar ini akan diberi kursus yang ditentukan sendiri oleh
pihak universiti dan pastinya paling susah lulus, tetapi jika ingin
menukar bidang pengajian, ia dilarang dan jika ingkar dibuang terus
daripada universiti itu.
Sebaliknya jika terus belajar dan gagal satu kertas ujian, pelajar
Melayu akan diberhentikan pengajian, ironi jika lulus pun, mereka akan
ditekan dengan yuran mahal kerana tiada biasiswa untuk pelajar Melayu di
Singapura!
Begitu juga halnya dalam perniagaan. jika ada bisnes sendiri dan
berpotensi baik, pihak pemerintah akan mewajibkan usahawan Melayu itu
menerima seorang Cina Singapura masuk sebagai ahli lembaga pengarah.
Sekiranya tidak bersetuju, mereka akan berhadapan lesen perniagaan
tidak lagi disambung dan diarah tutup. Lazimnya orang Melayu yang ingin
berniaga di Singapura harus menerima tempat yang ditetapkan pihak
kerajaan.
Lokasi strategik dikuasai oleh Cina manakala Melayu perlu di luar
dari kawasan tersebut ditambah pula dengan kadar sewaan tinggi kerana
PAP begitu skeptikal dengan Melayu dan sering kali dikait sebagai kaum
bermasalah.
Ini menyebabkan ramai anak Melayu dicekup ke dalam pusat tahanan
melalui penguatkuasaan ISA! Jika empat banduan Melayu sudah selesai
menjalani hukuman, 4 Melayu lain akan ganti isi tempat atas pelbagai
tuduhan.
Hal ini mengakibatkan mereka susah mendapat pekerjaan dan terpaksa
bekerja dengan gaji kecil sehingga ke usia tua manakala yang serik, akan
‘bawa diri’ dengan berhijrah ke Malaysia serta memohon kerakyatan di
negara ini.
Diskriminasi turut diamalkan dalam perkhidmatan tentera dan polis
apabila anak Melayu sukar memasuki perjawatan strategik sebaliknya hanya
ditempatkan dalam pasukan pertahanan awam yang kurang berisiko.
Banyak lagi tekanan diskriminasi yang tidak perlu diceritakan kerana
amat sensitif , tetapi malang Melayu di Malaysia ada masih tidak sedar
diri akan nikmat berkerajaan sendiri dan rela menjadi ‘hamba boneka’
DAP.
Sesuatu yang cuba dirahsiakan, pemerintah Singapura turut memecah
kesatuan umat Melayu di republik itu dengan membenarkan kad pengenalan
mencatat nama bangsa mengikut suku kaum, bukan diseragamkan sebagai
Melayu.
Situasi ini menyebabkan masyarakat Melayu khasnya generasi muda lebih
bangga selesa merujuk jati diri mereka sama ada sebagai Banjar, Jawa,
Bugis, Arab, Mamak, Minang dan sebagainya; tetapi jangan disebut Melayu.
Mungkin nasib orang Melayu di Malaysia bakal sama dengan Melayu
Singapura dan lebih teruk kalau kita masih seronok bertelagah dalam isu
politik remeh namun, ‘bunga-bunga’ sudah pun dapat dilihat jelas di
Pulau Pinang.
Belum lagi DAP memerintah Malaysia, pemimpin parti itu lantang
mempersoalkan banyak isu sensitif termasuk agihan wang zakat, agensi
dana seperti Mara, kemasukan ke UiTM, rejimen askar Melayu Diraja dan
banyak lagi.
Lebih aib, ada orang Melayu sanggup dipergunakan DAP, meminjam ayat
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri; mereka ini ibarat
broker dan baruah yang tergamak mengkhianati bangsa sendiri.
Sumber: Mynewshub.cc