Isteri Ke-4 Bakal Bersalin, Salih Yaacob Bakal Timang Anak Ke-13

Jutaan tahniah Kedahnews.com ucapkan kepada pelakon, pelawak dan penyampai radio popular, Salih Yaacob yang tidak lama lagi bakal menimang cahaya mata ke-13 hasil perkongsian hidup bersama isteri keempat, Samihah Syeikh Ali.

Samihah atau lebih mesra dengan panggilan Emi berusia 28 tahun difahamkan kini sedang menghitung hari kerana dijadualkan akan melahirkan anak pada bila-bila masa saja dalam minggu terdekat di bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini.


Sebelum ini, Salih dan Emi mengaku terpaksa menangguhkan perancangan untuk mendapatkan anak ekoran status Emi yang ketika itu masih lagi menuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Salih melengkapkan kuota poligami empat orang isteri selepas menikahi Emi pada tahun 2011.

SY bersama keempat-empat isterinya
Tiga isterinya sebelum itu ialah Norlizah Mamat, 50, Norraha Hamat, 46, dan Norfara Wahida Sulaiman, 36.

Sejak itu, Salih sering kali dijadikan contoh oleh lelaki lain yang memasang impian, teringin hidup berpoligami.


Hingga kini, Salih turut mempunyai enam cucu termasuk seorang cucu perempuan bernama Qaireena Ariana yang baru dilahirkan dua minggu lalu.

Justeru itu, mengambil keberkatan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, Kedahnews.com doakan supaya Emi dan bayinya selamat dan dipermudahkan Allah SWT ketika saat proses kelahiran nanti. -Kedahnews.com