Janda Mati Suami Rancang Mahu Kahwin Dengan Anjing

Dominique Lesbirel
Seorang janda mengejutkan ramai apabila melakukan keputusan yang dianggap gila dan pelik apabila merancang untuk berkahwin dengan anjing peliharaannya yang dikenali sebagai Travis tidak lama lagi.
Keputusan itu dibuat selepas ‘suaminya’ yang juga merupakan seekor kucing mati baru-baru ini akibat masalah buah pinggang.
Dominique Lesbirel bersama kucing peliharaan yang juga merupakan 'suaminya'.
Dominique Lesbirel bersama kucing peliharaan yang juga merupakan ‘suaminya’.
Dominique Lesbirel, 41, yang merupakan pencinta haiwan dikatakan berkahwin dengan ‘suaminya’ itu sejak lapan tahun lalu.
Bagaimanapun, dia memilih untuk berkahwin lagi dengan Travis kerana merasa hidupnya sunyi sejak kematian ‘suaminya’.
Malah, Dominique juga dilaporkan menguruskan sebuah laman web yang mengeluarkan sijil perkahwinan kepada pengguna Internet yang mahu berkahwin dengan haiwan kesayangan mereka.
Menurut Dominique, sijil perkahwinan itu hanya dikeluarkan kepada mereka yang mahu berkahwin dengan haiwan peliharaan sahaja dan bukan haiwan liar seperti harimau dan beruang.
“Saya perlu memastikan mereka sangat mencintai dan menghormati haiwan peliharaan mereka sebelum saya keluarkan sijil perkahwinan ini.
“Saya tidak akan mengeluarkan sijil kepada sesiapa yang mahu berkahwin dengan haiwan liar seperti singa, harimau atau beruang,” katanya.
Jelasnya lagi, laman web yang dicipta itu boleh menggalakkan orang  ramai memberi komitmen untuk menyayangi haiwan peliharaan mereka. – Agensi