Pemuda DAP, Steven Sim Chee Keong |
ALOR SETAR - Sekiranya Tun Dr Mahathir dahulu disamakan pihak pembangkang seperti Firaun yang sangat zalim, kini tiba giliran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula apabila beliau disifatkan seolah pemimpin terkenal Nazi, Adolf Hitler.
Sesudah PAS menjadi mangsa sebelum ini, DAP mengulas dan mengambil kesempatan memecah-belahkan orang Melayu, khususnya di dalam UMNO, berhubung isu pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada barisan Kabinet, kelmarin.
Pengarah Pendidikan Politik Pemuda DAP, Steven Sim Chee Keong dalam satu kenyataannya menuduh langkah Najib itu kononnya sama dengan kekejaman yang pernah dilakukan Hitler dalam parti Nazi.
“Pada Jun 1934, Hitler melancarkan Pada melancarkan pembersihan ke atas pegawai-pegawai parti Nazi yang menunjukkan tanda-tanda tidak setia . Membunuh hampir seratus yang lain. Kejadian itu digelar sebagai `Night of the Long Knives’.
“Dalam nada yang sama, Najib `memecat’ Timbalan Perdana Menteri dan beberapa menteri. Tarikh 28 Julai 2015 `Night of the Long Knives’ Najib,” tuduhnya Chee Keong.
Najib semalam menjelaskan bahawa keputusan menggugurkan Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar tetapi terpaksa dilakukan demi membentuk sebuah jemaah menteri yang lebih satu dan berpasukan.
Malah, cuma empat menteri Kabinet yang turut digugurkan iaitu Datuk Seri Hasan Malek, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri G. Palanivel dan Datuk Dr Ewon Ebin untuk membentuk sebuah barisan Kabinet baharu yang lebih mantap untuk memacu negara. -Kedahnews.com