Kanak-Kanak Ini Terkenal Seluruh Dunia Gara-Gara Gambarnya

Kelibat seorang kanak-kanak lelaki, Daniel Cabrera, yang sanggup menumpang lampu di sebuah restoran makanan segera, McDonald, hanya semata-mata untuk belajar pada waktu malam menjadi dia viral dan terkenal di seluruh dunia.
Menerusi gambar yang dirakam, kanak-kanak yang baru berusia 9 tahun tersebut kelihatan sedang tekun belajar di sebuah meja kecil dengan beberapa buku pada waktu malam tanpa menyedari gambarnya dirakam seseorang.
Difahamkan bahawa kanak-kanak itu terpaksa menumpang cahaya restoran makanan segera selepas rumahnya telah hangus terbakar dalam insiden kebakaran yang berlaku baru-baru ini.
Turut dijelaskan bahawa gambar Daniel itu telah dirakam di restoran McDonald di Manila, Filipina oleh Joyce Torrefranca.
"Pada saya yang juga seorang pelajar, dia telah membuatkan saya begitu tersentuh. Walaupun serba kekurangan tetapi kanak-kanak ini begitu rajin belajar," kata Joyce.
Ekoran terkenal di serata dunia menerusi gambar tersebut, Daniel yang kemudiannya diburu pihak media Filipina dan mendedahkan bahawa kanak-kanak lelaki itu akan berusaha belajar untuk mengubah nasib keluarganya.
Kedahnews.com mengharapkan agar ada di kalangan anak-anak sebaya Daniel di negara kita yang akan mencontohi sikap dan ketekunan kanak-kanak tersebut. - Kedahnews.com