Kerajaan Zalim, PAS Akan Saman Kerajaan DAP Guan Eng

Gambar Hiasan
Susulan kerajaan DAP Pulau Pinang memecat wakil Pas dari pentadbiran kerajaan negeri, Pas hari ini tampil memaklumkan mereka akan menyaman kerajaan negeri atas pemecatan wakil parti Islam itu.

Pemecatan itu berlaku sejurus DAP mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud selepas Pas membawa usul putus kerjasama dengan DAP dalam muktamar yang berlangsung bulan lalu.

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Fauzi Mohd Yusof berkata, pihaknya akan menyaman kerajaan negeri kerana tindakan kerajaan DAP itu tindak mengikut prosuder yang telah ditetapkan.

Katanya, pemecatan itu hanya dilakukan atas dasar kerakusan pemimpin DAP untuk mentadbir negeri.

"Kami tak ada masalah kalau pemecatan dilakukan mengikut prosuder operasi standard, tetapi mereka ini suka hati pecat wakil kami tanpa kemukakan sebarang alasan," kata Fauzi.

Fauzi turut memberi amaran kepada DAP yang memecat wakil Pas dari kerajaan negeri dengan berkata, jangan terlalu berlagak dengan diberi mandat mentadbir negeri Pulau Pinang.

Tambahnya, DAP dapat mentadbir negeri itu adalah hasil usaha penyokong Pas yang menyokong mereka sebelum ini.

"Mereka baru mentadbir negeri ini dua penggal tetapi sudah kecoh. Jangan ambil mudah dengan Pas kerana kami pun orang politik juga," kata Fauzi.

"Jangan ingat mereka boleh buat sesuka hati, apa-apa pun mereka kena fikir dulu risikonya," kata Fauzi. -Utaranews.com