Kes Low Yat: "Jangan Risau, Barisan Peguam 'Terhandal' Negara Bakal Wakili Anda" - Peguambela

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz bersama anak guamnya, Shahrul Anuar Abdul Aziz
Peguambela yang mewakili suspek kes kecurian telefon bimbit di Plaza Low Yat, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz hari ini tampil memberi kenyataan sidang media di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur mendakwa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai penipu.

Mohd Khairul mendakwa Khalid berbohong atas dakwaan memberikan maklumat yang tidak benar berkaitan kes anak guamnya kepada umum.


Menurutnya, Khalid dalam kenyataannya sebelum ini memberitahu bahawa terdapat dua suspek yang mana seorang lagi dilaporkan membuat cerita palsu.

Sebaliknya, Khairul Azam berkata, dia dimaklumkan oleh suspek yang kini merupakan anak guamnya bahawa hanya seorang sahaja yang naik ke tingkat atas dan bukannya dua.

Peguambela ini turut mempertikaikan kredibiliti pihak polis apabila pemimpin tertinggi pasukan keselamatan negara itu mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan orang awam selain mengeluarkan kenyataan bohong.

Selain itu, Khairul Azam turut memberitahu supaya tidak risau dengan kes berkenaan kerana mereka yang didakwa berhubung isu itu sedangn diwakili barisan peguam "terhandal" negara.


Suspek, seorang penggangur semalam mengaku tidak bersalah di depan hakim Mahkamah Majistret Jalan Duta atas tuduhan mencuri sebuah telefon bimbit, pada Sabtu lalu.

Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, didakwa mencuri telefon bimbit berharga RM800 di Techasia Boutique, Plaza Low Yat, Bukit Bintang pada 4.47 petang, 11 Julai lalu.

Majistret Nur Aminahtul Mardiah Noor Nordin membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dan menetapkan 14 Ogos untuk sebutan semula. -Kedahnews.com