New Wave memperkenalkan aplikasi halau nyamuk Aedes |
Sejak zaman berzaman lagi, pelbagai cara, kaedah, langkah dan pendekatan telah dilaksanakan kerajaan dan pelbagai pihak untuk menghindari pembiakan nyamuk Aedes di seluruh negara.
Namun, laporan mengenai penyakit melibatkan virus daripada nyamuk Aedes ini seakan tidak berkurangan dan ada kalanya sangat membimbangkan.
Oleh itu, sudah tiba masanya untuk kita rakyat Malaysia menggunakan
kemajuan di dalam bidang sains dan teknologi agar diberikan lebih
pendekatan berbanding langkah kerajaan sebelum ini.
Kini, dilaporkan bahasa salah satu aplikasi telah direka khas untuk menghalau nyamuk Aedes,
dinamakan sebagai Kil-Dengue di mana aplikasi berkenaan turut ditawarkan untuk versi Android dan iOS.
Aplikasi tersebut difahamkan menggunakan gelombang bunyi dengan menjana frekuensi khusus bagi menghalau nyamuk berkenaan sekaligus mengelakkan pengguna
daripada digigit oleh nyamuk aedes.
Menurut pihak yang mencipta aplikasi itu, terdapat pelbagai aplikasi seumpamanya di
pasaran pada hari ini, tetapi Kil-Dengue dioptimasikan khusus untuk
nyamuk Aedes Aegypti jenis nyamuk Aedes majoriti yang ada di Malaysia.
Aplikasi Kil-Dengue |
Frekuensi yang dihasilkan oleh aplikasi ini mempunyai bunyi yang
sangat rendah yang tidak dapat didengar oleh telinga manusia.
Melalui
frekuensi bunyi berkenaan, ia menghalau nyamuk betina Aedes Aegypti yang
mana sering menyebarkan jangkitan virus denggi.
Aplikasi Kil-Dengue ini ditawarkan secara berbayar pada Apple AppStore dan Google PlayStore, dan boleh dimuat-turun hari ini. -Kedahnews.com