Pelakon Harry Potter, Emma Watson |
Cerita mengenai bintang Hollywood tertarik dengan agama Islam bukan baru, malah akhir-akhir ini makin kerap pula kita dengar.
Sebelum ini kisah pelakon Harry Potter, Emma Watson kemudian aktor Liam Neeson. Cerita Emma senyap begitu saja. Cerita mengenai Neeson tertarik dengan Islam mula disiarkan di akhbar The Sun pada 2012 kemudian pada 2014 sekali lagi Daily Mail melaporkan perkara itu.
Neeson dikatakan tertarik dengan Islam apabila mendengar azan berkumandang di masjid setiap waktu solat lima kali sehari, ketika menjalani penggambaran filem Taken 2 di Istanbul, Turki.
Pada minggu pertama mendengar panggilan sembahyang lima kali sehari itu, membuatkan dirinya mula tertarik kemudian meresap ke jiwanya dan ia dianggap detik yang cukup indah, sesuatu yang sangat indah.
Katanya, ada 4,000 masjid di Istanbul, ada yang cukup menakjubkan dan ia membuatkan dia berfikir untuk menjadi Muslim.
Awal Januari lalu, ketika berada di Dubai untuk tayangan filem Taken 3, Neeson menjelaskan kepada Al Arabiya News bahawa dia tidak memeluk Islam.
Bagaimanapun, Neeson, 63, tidak menafikan tertarik mendengar azan yang berkumandang setiap kali waktu solat ketika berada di Istanbul. Pada mulanya dia rasa terganggu kerana mengejutkan tidurnya tetapi kemudian dia sentiasa menunggu azan setiap hari.
Spekulasi mengenai Lindsay Lohan, 28, memeluk Islam pula timbul Mei lalu apabila bintang Mean Girls itu dilihat memegang al-Quran selepas selesai menjalankan khidmat sosial di Brooklyn, New York.
Baru-baru ini kisah pelakon Fast & Furious, Tyrese Gibson, 36, dikatakan memeluk Islam apabila pada 18 Jun lalu mengucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam melalui laman sosial Twitternya.
Berita itu disambut positif penganut Islam di Malaysia dan juga Indonesia apabila disiarkan di akhbar.
Dikatakan juga Gibson memeluk Islam sejak setahun lalu selepas tertarik dengan satu filem pendek.
Pada 22 Jun, empunya diri menafikan dia bertukar agama kepada Muslim melalui laman sosialnya.
Cerita itu kembali reda dan kita tidak tahu selepas ini siapa pula selebriti Hollywood yang akan digembar-gemburkan berminat dengan Islam.
Raja Pop, Michael Jackson juga dikatakan memeluk Islam ketika hayatnya tetapi tiada siapa yang dapat mengesahkannya apabila Jackson meninggal dunia pada 2009. Ia diakui abangnya, Jermaine Jackson yang lebih dulu memeluk Islam.
Adiknya, Janet Jackson dilaporkan memeluk Islam apabila berkahwin dengan Wissam Al Mana pada 2013.
Memang ada selebriti terkenal diketahui umum memilih Islam sebagai pegangan hidupnya seperti legenda tinju terkenal, Muhammad Ali kemudian Mike Tyson.
Dilahirkan sebagai Cassius Marcellus Clay Jr, Muhammad Ali memeluk Islam pada 1964 manakala Tyson memeluk Islam ketika di penjara kemudian mengumumkan dirinya Muslim melalui laman sosial Twitter selepas selesai menunaikan umrah di Makkah pada Julai 2010.
Sumber: Harian Metro
Sebelum ini kisah pelakon Harry Potter, Emma Watson kemudian aktor Liam Neeson. Cerita Emma senyap begitu saja. Cerita mengenai Neeson tertarik dengan Islam mula disiarkan di akhbar The Sun pada 2012 kemudian pada 2014 sekali lagi Daily Mail melaporkan perkara itu.
Neeson dikatakan tertarik dengan Islam apabila mendengar azan berkumandang di masjid setiap waktu solat lima kali sehari, ketika menjalani penggambaran filem Taken 2 di Istanbul, Turki.
Pada minggu pertama mendengar panggilan sembahyang lima kali sehari itu, membuatkan dirinya mula tertarik kemudian meresap ke jiwanya dan ia dianggap detik yang cukup indah, sesuatu yang sangat indah.
Katanya, ada 4,000 masjid di Istanbul, ada yang cukup menakjubkan dan ia membuatkan dia berfikir untuk menjadi Muslim.
Awal Januari lalu, ketika berada di Dubai untuk tayangan filem Taken 3, Neeson menjelaskan kepada Al Arabiya News bahawa dia tidak memeluk Islam.
Liam Neeson |
Spekulasi mengenai Lindsay Lohan, 28, memeluk Islam pula timbul Mei lalu apabila bintang Mean Girls itu dilihat memegang al-Quran selepas selesai menjalankan khidmat sosial di Brooklyn, New York.
Lindsay Lohan |
Berita itu disambut positif penganut Islam di Malaysia dan juga Indonesia apabila disiarkan di akhbar.
Dikatakan juga Gibson memeluk Islam sejak setahun lalu selepas tertarik dengan satu filem pendek.
Pada 22 Jun, empunya diri menafikan dia bertukar agama kepada Muslim melalui laman sosialnya.
Pelakon Fast & Furious, Tyrese Gibson |
Raja Pop, Michael Jackson juga dikatakan memeluk Islam ketika hayatnya tetapi tiada siapa yang dapat mengesahkannya apabila Jackson meninggal dunia pada 2009. Ia diakui abangnya, Jermaine Jackson yang lebih dulu memeluk Islam.
Adiknya, Janet Jackson dilaporkan memeluk Islam apabila berkahwin dengan Wissam Al Mana pada 2013.
Michael & Janet Jackson |
Muhammad Ali & Mike Tyson. |
Sumber: Harian Metro