Komposer Lagu Terkenal Negara Meninggal Dunia, Al-Fatihah

KOMPOSER lagu terkenal oleh kumpuan Exist, Untukmu Ibu, Rahim Othman menghembuskan nafas terakhirnya pukul 4.45 pagi tadi dalam usia 60 tahun.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, Selangor akibat kompilasi paru-paru.

Menurut bekas isterinya, Fauziah Basarah, Allahyarham dimasukkan ke  hospital sejak dua minggu lalu namun keadaannya menjadi bertambah kritikal apabila mengalami pendarahan di paru-paru.

Akibat situasi tersebut, kompilasi itu merebak ke bahagian organ lain.

“Dia sudah lama menderita sakit paru-paru ini namun keadaan bertambah kritikan apabila ada pendarahan di bahagian paru-paru yang member ikesan kepada organ dalaman lain.

“Arwah dikebumikan di kawasan perkuburan Islam di Mont Kiara di Kuala Lumpur selepas solat Zuhur pada Khamis,” katanya kepada portal BH Online.

Lagu ciptaan Allahyarham yang berjudul Takdir Dan Waktu nyanyian kumpulan Mega pernah menjuarai Anugerah Lagu anjuran stesen TV3 pada tahun 1991.

Selain mencipta lagu, Rahim merupakan salah seorang bekas anggota kumpulan terkenal era 1980-an, Carefree.

Allahyarham juga adalah adik kepada komposer Taib Othman dan bapa saudara kepada Nordin dan Kid iaitu pemain gitar kumpulan Search. Al-Fatihah…