Laporan Tidak Berasas, 1MDB Bidas Tulisan The Edge


KUALA LUMPUR - 1 Malaysian Development Berhad (1MDB) mengeluarkan kenyataan media bagi membidas kembali pelbagai dakwaan dan kenyataan tidak berasas yang disiarkan oleh The Edge Financial Daily, hari ini.

Syarikat strategik pembangunan milik kerajaan itu menyifatkan laporan tersebut sebagai ‘tidak bertanggungjawab.’

“Kami tidak menyangka dakwaan-dakwaan lapuk dan tidak terbukti ini dipergunakan sekali lagi, sedangkan beberapa siasatan serentak kini sedang dijalankan oleh pihak berkuasa berkenaan isu-isu yang ditimbulkan sebelum ini,” demikian antara kandungan kenyataan media oleh 1MDB.

Dalam kenyataan sama 1MDB menegaskan, mana-mana pihak yang boleh membantu proses siasatan patut berbuat demikian di bawah peruntukan undang-undang, tanpa perlu membuat laporan yang tidak bertanggungjawab dan disensasikan.

1MDB turut mengulangi keyakinan, proses siasatan sedang dijalankan secara profesional dan teliti oleh pihak berkuasa. -Kedahnews.com