PEGAWAI bomba dan penyelamat memeriksa rumah mangsa di Taman Zainan Indah |
ALOR SETAR - Mungkin terlalu berang gara-gara pinangannya ditolak, seorang lelaki bertindak gila apabila dipercayai membakar rumah bapa bekas teman wanitanya di Taman Zainan Indah, Geliga di Chukai, Kelantan pada Jumaat lalu.
Difahamkan bahawa ketika kejadian tersebut, mangsa bersama anaknya tidak ada di rumah tersebut dan sedang berada di Kuantan, Pahang.
Menurut sumber lagi, apabila pulang ke rumahnya kira-kira jam 2.30 petang, mangsa terkejut mendapati beberapa pakaian dalam bakul plastik di belakang rumahnya mempunyai kesan terbakar.
“Mangsa baru menyedari bahagian bumbung rumahnya terbakar, tetapi dipadamkan bomba,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.
Sumber itu mendakwa, mangsa berkenaan mengesyaki kebakaran itu sengaja dicetuskan suspek kerana lelaki itu pernah mengugut mahu membakar rumah menerusi mesej WhatsApp kerana menolak pinangannya beberapa hari sebelum kejadian.
"Pada Ahad lalu, anak mangsa berusia 19 tahun turut menerima panggilan telefon daripada lelaki berusia 23 tahun itu yang mengugut mahu memukulnya jika enggan berjumpanya atau sekiranya mempunyai kekasih lain.
"Ia menguatkan tanggapan mangsa yang suspek adalah dalang di sebalik kebakaran itu,” jelasnya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah turut dilapor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
“Susulan laporan dibuat kelmarin, polis kini memburu suspek dipercayai bersembunyi,” katanya yang dipetik dari sumber.
Pegawai Kanan Bomba 11 Azmi Ab Rahim berkata, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kemaman dan Cheneh Bharu bersama 16 anggota bergegas ke tempat kejadian jam 9.15 pagi sebaik menerima panggilan kecemasan.
Peliknya, lelaki berkenaan kononnya "berani gila" membakar rumah keluarga bekas kekasihnya, tapi lepas membuat onar, dia lari bersembunyi bagaikan tidak punya "telor". Lelaki jenis macam itu layak bergelar suami? Entahlah... -Kedahnews.com