Majlis Ulama PAS Putus Batal Tahaluf Siyasi Dengan DAP


KUALA LUMPUR – Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan bahawa hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politik parti itu dengan DAP terbatal.

Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata mesyuarat majlis berkenaan bagaimanapun mengekalkan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.

“Keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya, Majlis Syura Ulama kesal dengan tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP mengecam dan melanggar semangat kerjasama pakatan rakyat.

Nik Muhammad Zawawi berkata badan itu juga mendapati DAP juga telah campur tangan dalam soal aqidah, dasar dan matlamat PAS. – BERNAMA