Maritim Selamatkan 3 Nelayan Dalam Tragedi Bot Karam Di Kuala Jerlun

Gambar Hiasan
ALOR SETAR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kedah menyelamat tiga orang nelayan semalam berikutan bot mereka karam dua batu nautika daripada Kuala Jerlun.

Ketua Penguatkuasanya Ahmad Kamal Mohd Noor berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian bot karam itu pada pukul 6.50 petang daripada APMM Wilayah Utara.

“Bot tersebut yang membawa mangsa yang berusia antara 49 hingga 60 tahun dilapor dipukul ombak sehingga menyebabkan bot mereka dimasuki air dan akhirnya tenggelam,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pada pukul 7.30 malam, APMM menemukan ketiga-tiga nelayan berkenaan sedang berpaut pada pelampung dan tong ikan. – BERNAMA