SYARIKAT telekomunikasi Maxis memberikan satu peluang unggul kepada pelanggan setianya untuk merasai sendiri pengalaman bersantap bersama orang tersayang di atas ‘langit’ bermula 1 hingga 31 Ogos ini.
Berketinggian 150 kaki di udara dengan berlatar belakangkan pemandangan menarik di sekitar ibu kota, pengalaman menjamu selera ini pastinya bakal menjadi satu momen yang tidak dapat dilupakan oleh sesiapa sahaja yang berpeluang merasainya sendiri nanti.
Cara untuk mendapatkan tempat dalam ‘restoran’ paling unik ini adalah anda hanya perlu menjadi ahli kelab MaxisONE dan kemudian muat naik MyMaxis App untuk mendapatkan dua tempat tempat duduk.
Sebanyak 380 kerusi disediakan yang mana sebanyak lima hidangan makanan menyelerakan akan disediakan oleh Hotel Hilton Kuala Lumpur.
Jadi, buat yang suka mencuba benda baru dan tidak gayat, bolehlah anda cuba sendiri pengalaman menjamu selera di atas kayangan!