Membanggakan, "The Galacticos" Terbang Dengan Pesawat MAS

KELAB bola sepak Sepanyol, Real Madrid menggunakan pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Airbus A380 yang membawa mereka dari Lapangan Terbang Adolfo Suarez Madrid-Barajas transit sebentar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengisi minyak, sebelum meneruskan penerbangan ke Melbourne.
Kelab bola sepak gergasi Sepanyol yang digelar "The Galacticos", Real Madrid dilapor bakal menghabiskan masa selama 11 hari di Melbourne, Australia bagi menghadapi cabaran Australian International Champions Cup baru-baru ini.

Menariknya, pasukan bola sepak terkemuka dunia itu turut dilaporkan telah menaiki pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) 

Pesawat MAS yang membawa mereka dari Lapangan Terbang Adolfo Suarez Madrid-Barajas transit sebentar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengisi minyak pesawat Airbus A380 sebelum meneruskan penerbangan ke Melbourne.

Keyakinan Real Madrid menggunakan perkhidmatan MAS dijangka dapat meningkatkan kembali imej syarikat penerbangan negara yang terjejas teruk sejak kehilangan pesawat MH370 dan nahas MH17 tahun lalu.

Pasukan yang dibarisi ramai pemain bintang antaranya Christiano Ronaldo, Sergio Ramos, Pepe, Gareth Bale dan Karim Benzema itu difahamkan mendapat tajaan penerbangan dari syarikat penerbangan Emirates sehingga 2018.

Sebagai rakyat Malaysia tentunya kita berbangga apabila orang luar terus menggunakan perkhidmatan MAS walaupun dihimpit pelbagai masalah sejak kebelakangan ini, kan? -Kedahnews.com