Mohd Najib Hadir Rumah Terbuka Pak Lah Di Putrajaya

Perdana Menteri Najib Tun Razak bersalaman dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika tiba pada Jamuan Hari Raya Aidilfitri Bekas Perdana Menteri itu di Puspanitapuri hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri di sini.

Kehadiran Najib yang ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor disambut oleh Abdullah dan isteri Tun Jeanne Abdullah.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta lebih 5,000 tetamu yang lain.

Di majlis berkenaan, para tetamu dijamu pelbagai juadah tradisional dan moden antaranya mee kari, laksa kari, aiskrim, lemang, ketupat, rendang serta kuih-muih. – BERNAMA