Mohd Najib, Muhyiddin Hadir Di Rumah Terbuka Nazir

Najib (kiri) berjabat tangan dengan Muhyiddin sebaik sahaja tiba di majlis Aidilfitri CIMB, Isnin malam. Foto: M. Azhar Arif/The Star
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib TunRazak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Kumpulan CIMB di sini, semalam.

Ketibaan Najib dan Muhyiddin yang masing-masing segak berpakaian batik disambut mesra oleh Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak, yang juga merupakan adik kepada Perdana Menteri Malaysia itu.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim. 

Selain itu, turut hadir di majlis yang sama ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob. 

Difahamkan bahawa Najib telah meluangkan masa hampir satu jam di majlis yang dihadiri kira-kira1,000 tetamu itu. -Kedahnews.com