Mudahkan Urusan Usahawan Dengan Pusat Panggila SSM

11745872_866485976772140_5273275664562813839_n
HAMPIR mustahil buat mereka yang mempunyai perniagaan di Malaysia tidak mengetahui apa itu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Ianya kerana premis mahupun laman web badan berkanun inilah yang dituju oleh mereka yang ingin mendaftarkan perniagaan.
Fungsi SSM bukan sahaja mengawal selia syarikat dan perniagaan di negara ini malah memastikan pentadbiran undang-undang Akta Syarikat 1965 [Akta 125], Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197], Akta Syarikat Amanah 1949 [Akta 100] dan Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 [Akta 28] dipatuhi menerusi aktiviti penguatkuasaan berterusan.
Selain itu, SSM merupakan pembekal maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam di samping bertindak sebagai peneraju utama bagi meningkatkan tahap tadbir urus korporat.
Dalam pada memastikan segala perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan dipatuhi oleh peniaga, SSM pada masa sama menjadi induk bagi menggalakkan amalan Tadbir Urus Korporat yang baik.
Setakat hari ini, SSM telah berkembang hingga mempunyai 14 pejabat negeri, 4 pejabat cawangan dan 1 pusat perkhidmatan bagi memudahkan urusan pengguna.
SSM mapan dari segi online apabila menawarkan pengguna, sistem Self-Help Online yang menyediakan carian dan pembelian maklumat syarikat dan perniagaan; beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, di mana-mana kawasan seluruh dunia dengan cara mengakses kepada www.ssm.com.my.
Selain itu, SSM menyajikan info berguna dan terkini kepada pengguna menerusi saluran media sosial Facebook Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi).

Bagi yang mahu bertanyakan kemusykilan menerusi panggilan telefon pula, hajat anda ditunaikan menerusi talian PUSAT PANGGILAN SSM 03-7721 4000 yang beroperasi dari Isnin hingga Ahad (kecuali cuti umum) dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Boleh dikatakan, SSM antara badan berkanun paling mesra dan mudah diakses pengguna di Malaysia, justeru golongan peniaga terutamanya harus memanfaatkan peluang ini.