"Muslimah Tutup Aurat Itu Busuk, Pengotor, Jijik” - Alvin Tan

Alvin Tan
Tidak tahulah Kedahnews.com apa yang blogger seks kontroversi, Alvin Tan tidak puas hati sangat dengan Islam dan umatnya apabila dia sengaja menaikkan darah kita dengan kenyataan-kenyataan yang menghina agama suci Allah.

Jika sebelum ini dia pernah menghina umat Islam dengan mengajak kita berbuka puasa dengan sejenis makanan resepi berasaskan babi, terbaru dia mencabar lagi kesabaran kita di bulan Ramadhan dengan provokasi yang lebih melampau.

Mungkin niat dihatinya tidak bermatlamatkan perkara lain melainkan untuk menghina kesucian agama Islam.

Menerusi status di laman Facebooknya malam tadi, Alvin Tan mempersoalkan ketetapan perintah Allah SWT terhadap umat Islam khususnya menutup aurat bagi kaum wanita ketika melakukan aktiviti riadah seperti berenang dan jogging.


Bagai mencurahkan api ke minyak, dia menganggap tuntutan agama Islam itu sesuatu yang kelakar dan tindakan yang bodoh.

“Kenapa para Muslimin bila berenang kat water park ataupun berjongging selalu pakai baju lengan panjang dan seluar panjang, siap dengan tudung dan topi sekali.

“Dalam cuaca panas gila ni pun nak tunjuk alim? Lawak betul lah, orang lihat macam orang bodoh! Gunalah sikit otak tu.. busuk, pengotor dan jijik!” tulis Alvin Tan.

Kenyataan kurang ajar dan biadap Alvin Tan itu sekaligus menarik perhatian rakyat Malaysia yang bertindak mengecam dan menyelar perbuatan biadapnya itu.

Bagaimanapun di ruangan komen, seorang netizen menganggap ini semua hanyalah provokasi yang membuang masa dan tidak perlu dilayan.


Sementara itu, seorang netizen yang dikenali sebagai Winnie Soh berharap isu ini tidak mengeruhkan hubungan antara masyarakat Cina dan Melayu di Malaysia.


Alvin sehingga kini enggan pulang ke Malaysia, melarikan diri dari dicekup pihak berkuasa setelah didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 yang mahu dimansuhkan parti politik pembangkang, khususnya DAP.-Kedahnews.com