NGO Mahu Jakim Pantau Status Halal Makanan Di Seluruh Bazar Ramadhan

Gambar Hiasan
ALOR SETAR – Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (Penyedar) meminta pihak berkuasa "turun padang" bagi memastikan kuih yang dijual di Bazar Ramadan di seluruh negara benar-benar halal untuk dimakan umat Islam.

Pengerusinya yang juga seorang pemimpin PAS, Asmuni Awi berkata, pemantauan itu perlu dilakukan berikutan dakwaan terdapat kuih raya yang diimport dari China yang diragui status halalnya di jual di negara ini.

“Jika dibandingkan dengan harganya (kuih raya dari China) jauh berbeza iaitu lebih murah dengan kuih raya yang dibekalkan oleh pasaran tempatan.

“Terdapat dua isu penting di dalam perkara ini iaitu tahap kesucian bekalan daripada luar tersebut dan perbandingan harga yang begitu ketara yang menyebabkan pasaran tempatan tidak mampu menyainginya,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, semalam.

Justeru, Asmuni menegaskan bahawa Penyedar telah bertindak menubuhkan pasukan sukarelawan untuk meninjau sendiri pasaran kuih raya bagi memastikan orang ramai tidak tertipu membeli barangan yang diragui di pasaran.

Menurutnya, orang ramai boleh menyalurkan aduan mengenai perkara itu kepada pihaknya melalui talian 013-349 3848. -Kedahnews.com