Nieyl Terpaksa Berpantang Akibat Ketumbuhan Di Payudara, Rahim

Nieyl (Mentor)
Artis, Nieyl (Mentor) memberitahu media bahawa ketumbuhan pada bahagian payudara dan rahimnya tidak merbahaya dan masih mampu dirawat tanpa menjalani sebarang prosedur pembedahan buat masa ini.

Walau bagaimanapun, penyanyi itu menjelaskan bahawa dia terpaksa berpantang dari menikmati makanan seperti ayam, ikan sardin, soya dan sebagainya bagi mengelak ketumbuhan itu bertukar menjadi kanser.

"Saya tidak boleh makanan seperti ayam, ikan sardin, soya dan beberapa makanan lain yang boleh mengalakkan pertumbuhan kanser kerana risiko untuk mendapat kanser cerah.

"Setakat ini doktor beritahu ketumbuhan ini tidak bahaya dan jauh daripada kanser, ia masih boleh dirawat lagi," jelas Nieyl yang dipetik dari mStar.

Gara-gara ketumbuhan tersebut, difahamkan Nieyl terpaksa mengawal diet hariannya sejak beberapa tahun lalu.

Nieyl atau nama sebenarnya, Nuriylia Jailani, 31, berkata, doktor sudah mengesahkan bahawa ketumbuhan tersebut bukanlah kanser, sebaliknya bonjolan biasa yang boleh dirawat.

Cerita Nieyl lagi, ketumbuhan tersebut tidak menyakitkan, namun boleh membesar jika dia mengambil makanan yang dilarang oleh doktor.

Sementara itu, tambah wanita ini, dia juga tidak digalakkan untuk membuang bonjolan itu menerusi pembedahan kerana risiko untuk penyakit itu tumbuh kembali lebih tinggi.

"Ia tidaklah sakit dan tidak menganggu aktiviti harian saya, tetapi kalau saya makan ayam, saya akan rasa sendiri ia membengkak.

"Saya ada juga bertanya doktor sama ada perlu atau tidak untuk buat pembedahan membuangnya, doktor menasihatkan lebih baik untuk buat rawatan dari luar kerana jika dibuang ia akan tumbuh semula," ujarnya.

Justeru itu, Nieyl menasihatkan agar kaum wanita lebih perihatin dan sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan agar tidak terlambat mengetahui tentang tahap kesihatan masing-masing. -Kedahnews.com