Panduan Penting Untuk Peniaga: Penyata Tahunan, Kewangan Wajib Diserah Simpan Di SSM

Meskipun sibuk, kewajipan menyerah simpan penyata tahunan dan kewangan di SSM tak harus dilupakan kerana ia boleh membuatkan syarikat dikenakan tindakan undang-undang. GAMBAR HIASAN
SETELAH meraih keuntungan daripada hasil perniagaan, seseorang peniaga tidak seharusnya melupakan kewajipan mereka memenuhi tuntutan Akta Syarikat di negara ini.
Antaranya, kewajipan menyerah simpan penyata tahunan dan penyata kewangan syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Sebelum itu, Pengarah Syarikat mesti membentangkan Penyata Kewangan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan syarikat yang  dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh tahun kewangan syarikat berakhir.

Bagi syarikat yang tahun kewangannya berakhir pada 31 Disember 2014, diharapkan anda alert berkenaan hal ini memandangkan tarikh akhir untuk menyerah simpan Penyata Tahunan dan Penyata Kewangan di SSM sudah tak lama mendekati tarikh akhirnya iaitu pada 7 Ogos 2015 bagi negeri dengan cuti am pada Sabtu, Ahad dan 9 Ogos 2015 bagi negeri dengan cuti am pada Jumaat, Sabtu. 


stock chart
Perkara ini tidak seharusnya dipandang enteng kerana ianya diperlukan SSM selaku badan pendaftar dan pengawalselia korporat bagi memastikan salah satu aspek utama tadbir urus korporat yang baik (good corporate governance) dipatuhi oleh setiap syarikat.
Mana-mana syarikat yang gagal membuat serah simpan Penyata Tahunan & Penyata Kewangan di SSM telah melakukan satu kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965, sekaligus syarikat atau pengarah-pengarah syarikat terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Jadi kepada para Pengarah Syarikat sekelian, di sebalik kesibukan menguruskan perniagaan jangan pula lupa menyerah simpan penyata tahunan dan penyata kewangan syarikat di SSM dalam tempoh enam bulan selepas Mesyuarat Agung Tahunan syarikat anda.