Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos |
ALOR SETAR – Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dilapor telah menguatkuasakan peraturan baru di dalam Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor, di mana ia diisytiharkan sebagai zon bebas rokok.
Menerusi peraturan baru itu, PBNJ menjelaskan bahawa tidak dibenarkan sebarang aktiviti merokok di dalam stadium berkenaan termasuk penggunaan rokok elektronik atau vapor.
Selain itu, PBNJ dalam kenyataan medianya turut menegaskan bahawa mereka yang melanggar larangan itu akan dikenakan tindakan tegas.
“Stadium ini adalah zon larangan merokok termasuk penggunaan rokok eletronik (vapor).
“Para penyokong diminta mematuhi arahan tersebut sepanjang masa berada di stadium. Tindakan tegas akan diambil terhadap penyokong yang mengingkari arahan,” kata kenyataan itu hari ini.
Justeru itu, PBNJ meminta pengunjung Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos memastikan perlawanan persahabatan antara pasukan Johor Darul Ta’zim ((JDT) dan Borussia Dortmund berjalan tanpa gangguan asap rokok.
Sehingga kini, belum ada lagi pengurusan stadium yang melaksanakan peraturan sedemikian di Malaysia. - Kedahnews.com