Ramai pihak menggesa lelaki biadap ini ditahan dan dihukum sewajarnya |
ALOR SETAR - Pihak berkuasa masih belum menerima sebarang laporan mengenai sekeping gambar memaparkan imej lelaki berbogel dipercayai di Gunung Irau, Cameron Highlands, yang sedang tersebar meluas di laman-laman sosial.
Imej viral memalukan itu memaparkan aksi seorang lelaki berkaca mata bergambar dengan latar belakang Jalur Gemilang dan papan tanda yang tertulis 'Welcome to Gunung Irau 2110 m.a.p.l dan Brinchang 2.35KM'.
Lelaki berkenaan itu juga dikatakan bergambar dengan menutup bahagian sulitnya dengan menggunakan papan tanda bertulis Gunung Irau.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Muhammed Rizal Kamarudin berkata, walaupun belum menerima sebarang laporan polis mengenai gambar itu, pihaknya sedia maklum mengenai isu berkenaan dan tetap melakukan siasatan untuk mengetahui kesahihan gambar tersebut.
"Kita sekarang ini hanya melakukan siasatan untuk mengetahui kesahihan gambar itu kerana masih belum menerima laporan rasmi daripada mana-mana individu berkenaan penyebaran gambar itu.
"Kerjasama dengan Suruhanjajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan dilakukan selepas polis menerima laporan dan jika benar tindakan itu dilakukan, individu berkenaan tidak akan terlepas daripada undang-undang," katanya yang dipetik dari Harian Metro, semalam.
Warga netizen baru-baru ini kecoh memperkatakan kebiadapan seorang lelaki yang beraksi bogel di Gunung Irau yang merujuk kepada gambar itu dan menyifatkan aksi tersebut tidak mengambil iktibar atas insiden pelancong berbogel di Gunung Kinabalu, Sabah, sebelum ini. -Kedahnews.com