Gambar Hiasan |
GEORGETOWN - Seorang wanita berusia 39 tahun dipercayai ibu ayam kepada dua pelacur ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Kampung Jawa Baru, di sini, petang kelmarin.
Menurut sumber, wanita warga tempatan itu ditahan bersama seorang pelacur warga tempatan dan seorang warga Laos.
Difahamkan, ketika serbuan, wanita berkenaan sedang berurusan dengan pelanggan melalui telefon untuk membekalkan dua pelacur itu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, ketiga-tiganya ditahan anggota dari Cawangan D7, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dalam Ops Noda.
“Dua pelacur berusia lingkungan 20-an ditahan untuk siasatan lanjut.
“Polis turut merampas 191 keping kondom, dua tiub pelincir, sehelai kertas yang tercatat angka disyaki hasil kutipan kegiatan pelacuran dan beberapa keping resit,” katanya.
Sumber: Sinar Harian