Peminat Senarai Lebih 13 Kehebatan Dimiliki Diva Azwan Ali


Meskipun namanya sering kali terpalit dengan pelbagai isu kontroversi yang memanaskan hati ramai pihak, namun di sebalik itu dikatakan ada juga kelebihan yang dimiliki Azwan Ali yang dinilai menerusi kaca mata peminat setianya.

Menerusi laman Instagram Azwan, ada beberapa peminat setia Azwan yang gigih mengemukakan dalil-dalil tentang kebaikan dan kelebihan dimiliki selebriti bermulut lazer yang pernah mengendalikan program Melodi itu.

Di bawah adalah sifat-sifat murni Azwan yang disenaraikan oleh peminatnya bernama Amoijan:
1. Azwan Ali seorang yang baik.
2. Tidak hipokrit.
3. Seorang yang bertanggungjawab, sanggup hantar kitaorang balik sampai ke rumah dengan selamat masa open house dulu. Kalau artis lain tak pernah buat ini.
4. Penasihat yang baik suruh kami jaga diri elok-elok.
5. Suka kucing sama dengan saya.
6. Tak berlagak.
7. Tak sombong.
8. Suka selfie macam saya juga.
9. Berani kerana benar.
10. Lemah lembut bila bercakap.
11. Orangnya nampak macam garang tapi sebenarnya baik sangat.
12. Suka bergurau.
13. Ni yang saya suka, dia nampak muda selalu, keikhlasan di hati akan terpancar di wajah.

Bukan hanya Amoijan sahaja yang mengidolakan Azwan, malah lelaki dikenali sebagai Arif Blur turut menyenaraikan kelebihan-kelebihan yang dimiliki selebriti lelaki ini.


Hebat bukan? Jadi, kutuklah sebanyak mana sekalipun, pasti ada saja peminat yang akan membela segala tingkah laku Diva AA.

Buat semua selebriti di luar sana, jangan cuba-cuba cari pasal dengan Azwan kerana sebab dia ada ramai peminat setia yang sudi membela jika namanya terpalit dengan kontroversi lagi selepas ini. -Kedahnews.com