Azman (berdiri, dua kiri) dan Khairul Anuar (duduk, tengah) bersama penduduk Sungai Pasir pernah membuat laporan polis mengenai kebanjiran warga asing di kampung mereka. |
SUNGAI PETANI – Tindakan warga asing menyewa rumah milik penduduk
tempatan walaupun setelah operasi dibuat dilihat masih ‘kebal’ terutama
sekitar kawasan Sungai Pasir.
Penduduk, Azman Jamaludin, 40, berkata, kehadiran warga asing di kawasan tidak jauh dari rumahnya itu dilihat seolah-olah perkampungan itu milik mereka biarpun berkali-kali pernah diusir keluar.
Menurutnya, operasi terbaru yang dijalankan Jabatan Imigresen membolehkan kira-kira lebih 200 warga asing ditahan April lalu melibatkan Kampung Bakar Bata, Kampung Masjid, Kampung Baru dan Kampung Tepi Sungai.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Sungai Pasir berkata, setelah tangkapan dilakukan, separuh daripada warga asing mula beredar dari kampung tersebut.
“Namun, masih ada saki-baki yang tinggal, mereka tetap menetap di kampung ini walaupun pernah ditangkap dan diberi amaran.
“Kemungkinan kadar sewa yang rendah memudahkan mereka menetap di sini,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, penduduk tempatan yang mempunyai rumah kosong mudah menyewakannya kepada warga asing memandangkan golongan itu tidak kisah dengan keadaan rumah yang usang.
“Pendapat saya, mereka sendiri mahir dalam bidang pertukangan, mempunyai kemahiran membaik pulih kerosakan paip, bumbung, dinding dan sebagainya yang ternyata menjimatkan kos pemilik rumah berbanding penyewa tempatan yang banyak kerenah,” katanya.
Keselamatan terganggu
Azman berkata, kehadiran warga asing menimbulkan ketakutan penduduk apabila mula terdengar bunyi riuh-rendah berkemungkinan berkongsi beberapa keluarga dalam satu rumah.
“Apabila sudah lama menetap di sini, mereka sudah mula membuat bising dan berhibur sampai malam,” katanya.
Menurutnya, pernah satu ketika berlaku kes pergaduhan di Butterworth melibatkan pasangan warga asing dan apabila dibawa ke balai, mereka merayu supaa dilepaskan kerana bimbang anak-anak yang ditinggalkan di rumah dekat Sungai Pasir, Sungai Petani.
“Kes itu menjadi lebih rumit apabila agensi penguatkuasa seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu ambil alih hak penjagaan anak sementara ibu bapa berhadapan kes jenayah.
“Begitu juga dengan kes pembunuhan melibatkan golongan sama terutama di rumah kongsi atau tapak pembinaan, walaupun tidak pernah berlaku di sini tetapi kami tetap bimbang,” katanya.
Kad UNHCR beri keistimewaan
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon 2, Khairul Anuar Zainol berkata, warga Rohingya pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dilihat memonopoli kawasan kampung.
Beliau turut mempersoalkan bagaimana kerajaan meletakkan penanda aras sejauh mana penggunaan kad UNHCR sehingga dilihat ada antara mereka mampu menjalankan perniagaan, membuka kedai, mempunyai motosikal, memandu kereta dan menjadi kontraktor.
“Begitu juga dengan subsidi yang dinikmati rakyat tempatan seperti membeli beras, gula, minyak dan bahan api yang sudah tentu mereka dikecualikan dari membayar cukai, tidak dipantau Lembaga Hasil Dalam Negeri, namun berbelanja sama seperti rakyat tempatan.
“Kami juga khuatir dengan kad UNHCR yang dipalsukan kerana beberapa kes sebelum ini menunjukkan penggunaan kad tersebut dimanipulasikan warga asing untuk bekerja, mengutip derma dan mengambil kesempatan tinggal di sini.
“Bagaimanapun, selepas maklumat kad diragui dan dilakukan pemeriksaan barulah diketahui bahawa kebanyakan kad ini adalah palsu dan kita percaya wujud sindiket memalsukan kad sehingga membolehkan kebanjiran warga asing,” katanya.
Difahamkan, selepas operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen di Sungai Pasir, kes kecurian kecil dilihat berkurangan seperti kehilangan besi buruk, basikal dan motosikal yang diletakkan di rumah.
Katanya, pihaknya mahukan skop lebih luas seperti penekanan dari Putrajaya, kementerian mahupun Asean untuk memikirkan jalan terbaik membasmi kebanjiran warga asing tanpa dokumen yang sah ini dari terus menetap di negara ini.
Hukum penduduk tempatan lindungi warga asing
Sementara itu, Pengarah Imigresen Negeri Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata, undang-undang boleh dikenakan kepada warga asing tanpa dokumen yang sah mahupun warga tempatan yang melindungi warga asing tanpa dokumen.
“Tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada mereka yang berada dalam negara tanpa dokumen yang sah sama ada dari Rohingya atau mana-mana negara sekalipun.
“Bagi warganegara yang melindungi warga asing yang tidak mempunyai dokumen yang sah, mereka boleh dikenakan tindakan bawah Seksyen 56(1) (d) Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002).
“Di mana mengikut hukuman ini, setiap warganegara yang melindungi warga asing yang tiada dokumen, hukumannya denda RM10,000 bagi setiap warga negara asing yang dilindungi boleh dikenakan.
“Bagi kes di Sungai Petani di mana sekiranya ada penyewa yang memberikan sewa kepada warga asing tanpa dokumen yang sah, secara dasarnya boleh dikenakan hukuman atas dasar melindungi warga asing sama ada dalam rumah atau membenarkan kediaman atau premis diduduki warga asing.
“Sekiranya ada laporan dan Jabatan Imigresen melakukan serbuan untuk mendapati jika laporan mengatakan terdapat warga asing yang tidak sah yang disewakan penduduk warga tempatan adalah benar, kedua-dua mereka boleh ditahan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Polis akui segelintir warga asing terlibat jenayah
Dalam perkembangan sama, kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh yang turun padang melakukan Ops Cantas Khas Utara sepanjang dua minggu Februari lalu menjelaskan kebanjiran warga asing tidak dinafikan terlibat dalam kegiatan jenayah.
Menurutnya, sepanjang operasi sama, sebanyak 44 kad pelarian UNHCR dirampas mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan dokumen palsu sebagai tulen.
Katanya, seramai 1,302 warga asing ditangkap dalam serbuan dijalankan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur atas pelbagai kesalahan jenayah.

Sumber: Sinar Harian