Pengemis Di Kuala Lumpur Bergaji Lebih RM18,000 Sebulan!

Mungkin bagi mereka yang bersusah payah, berpeluh-peluh menggunakan kudrat dan tulang mepat kerat, namun memperoleh gaji sekitar RM2,000 hingga RM3,000 pernah mengimpikan untuk menerima gaji selumayan RM18,000 sebulan.

Namun siapa sangka, hanya sekadar berjalan dama tempoh kira-kira 1 jam sahaja di sekitar ibu kota Kuala Lumpur, namun kita mampu memperoleh lebih RM70!

Bagaimanapun, syarat untuk mendapat pendapatan selumayan itu, kita perlu bertukar wajah dan berbohong kepada seluruh masyarakat kononnya kita adalah pengemis!

Pendedahan mengejutkan ini dibongkar wartawan Astro Awani, Israr Khalid yang menyamar sebagai pengemis untuk membongkar kisah di sebalik kehidupan mereka.

Pengembaraan Israr bermula di bazar Ramadan Bandar Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur.

Dia berpakaian compang camping dan membawa beg kitar semula bersama bekas makanan kosong.

Selama 25 minit berjalan dalam keadaan menyedihkan, dia telah mengumpul sebanyak RM22.

Di lokasi seterusnya, Israr memakai kopiah lama beserta tasbih di tangannya lantas berjaya menarik perhatian orang ramai hingga dapat mengumpul RM56 dalam hanya 20 minit sahaja.

“Ada juga hamba Allah yang menegur saya “Tak kerja ke dik? Badan sihat ni, pergilah cari kerja, cuci pinggan ke” tapi sambil tangan turut menghulurkan tiga keping wang RM1 ke dalam bekas.
“Saya hanya mengangguk dan dia terus berlalu pergi.

“Jadi secara keseluruhannya, jumlah yang berjaya dikutip dalam masa lebih kurang 45 minit ‘penyamaran’ itu adalah RM76,” katanya memetik laporan Astro Awani.


Kiraan mudah, jika seorang pengemis boleh mengumpul anggaran RM76 dalam masa 45 minit dan secara konsisten terus berbuat demikian selama 8 jam, dia boleh mendapat RM608 sehari.

Ini bermakna gaji sebulan berjumlah RM18,240.

Sanggup berdosa menipu masyarakat demi mendapatkan rezeki yang belu tentu halal itu? Atau sudah bersedia dengan jawapan bila disoal di akhirat kelak?

Percaya atau tidak, seorang pengemis di Malaysia terbukti mampu meraih pendapatan sehingga RM18,000 sebulan, kan? Cuma "selamat berperang" dengan JKM..! -Kedahnews.com