Penggali Kubur Wanita Paling Cantik Di Seluruh Jerman

Rachel Merks
WANITA ini memenangi gelaran penggali kubur paling cantik di seluruh Jerman apabila sebuah syarikat pengkebumian mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan seumpama itu, baru-baru ini.
Rachel Merks, 36, menewaskan 46 peserta wanita berprofesion penggali kubur yang turut mengambil bahagian dalam pertandingan itu.
rachell
Rachel memenangi gelaran Miss Farewell dan keputusan itu diadili oleh barisan juri profesional dalam bidang masing-masing.
Pertandingan ratu cantik di kalangan penggali kubur itu diadakan bagi menaikkan imej syarikat pengendali mayat di kalangan penduduk negara terbabit. -Kedahnews.com