Cermin kereta retak dipercayai cuba dipecahkan menggunakan parang dan bata. |
SUNGAI PETANI - Satu pergaduhan kecil dilaporkan berlaku melibatkan beberapa individu di sebuah kedai kopi di Taman Keladi, Sungai Petani, malam kelmarin.
Sumber berkata, kejadian dipercayai bermula kira-kira jam 9 malam apabila berlaku perselisihan faham.
“Bagaimanapun, kehadiran kereta peronda polis meredakan pergaduhan dan semua yang terlibat dinasihatkan bersurai dari lokasi kejadian,” katanya.
Dalam pada itu, dipercayai berlaku satu lagi kejadian di Bandar Perdana sejam kemudian apabila sebuah kereta terbakar akibat perbuatan individu tertentu.
Turut ditemui, kesan cermin kereta retak dipercayai cuba dipecahkan dengan menggunakan parang dan bata.
Sumber polis memaklumkan, laporan mengenai kenderaan terbakar itu telah diterima.
Bagaimanapun siasatan mengenainya masih dijalankan.
Sumber: Sinar Harian