Protes kononnya demi membela kerban jantan, tapi apa kena mengena dengan bertindak separa bogel? |
Dunia sekarang mungkin sudah tungging terbalik dengan bermacam-macam kerenah manusia yang semakin hari makin pelik menunjukkan sikap mereka di khalayak ramai, khususnya bagi tujuan menunjukkan suara protes.
Terbaru di Sepanyol, sekumpulan yang menggelar diri mereka "aktivis" dari "People for the Ethical Treatment of Animals" (PETA) dilapor telah berkumpul separuh bogel dilumuri dengan darah tiruan.
Kononnya mereka berbuat demikian bagi menyatakan protes menuntut untuk menghapuskan acara tahunan larian yang melibatkan kerbau jantan.
Mereka berbaring bergelimpangan dalam keadaan bahagian atas badan terdedah dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran agar pertunjukan yang melibatkan binatang itu tidak lagi diadakan pada masa akan datang.
“PETA menyeru agar Sepanyol menghentikan segera pertunjukan laga kerbau yang mana ianya merupakan satu aktiviti yang kejam dan mendatangkan kecederaan kepada haiwan tersebut,” kata Pengarah PETA, Mimi Bekhechi.
Protes itu diadakan di timur Sepanyol di mana pertunjukan Pamplona Bull Run sering diadakan pada bulan Julai setiap tahun.
Difahamkan bahawa dalam festival tersebut, para peserta larian yang datang dari seluruh dunia akan berlari dengan kerbau-kerbau yang dilepaskan bersama mereka. -Kedahnews.com