Remaja Maut, 4 Rakan Parah Kereta Terbabas Di Guar Chempedak

Gambar Hiasan
ALOR SETAR – Seorang remaja maut manakala empat rakannya cedera apabila kereta mereka hilang kawalan dan terbabas di Jalan Sungai Yan-Guar Chempedak awal pagi semalam.

Yang maut ditempat kejadian dikenali sebagai Muhamad Zafis Khalid, 20, manakala pemandu kereta itu Mohamad Khairizam Ali, 19, patah kaki.

Tiga lagi penumpang bahagian belakang Muhamad Azizi Ahmad, 20, Muhammad Muhtazah Osman, 19, dan Muhammad Syamsul Mohd Zamri, 19, hanya cedera ringan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Yan, ASP Abdul Hamid Md Isa berkata kejadian berlaku kira-kira 3.45 pagi apabila kereta tersebut yang datang dari arah Guar Chempedak menghala Yan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

“Kereta tersebut kemudiannya terbabas ke dalam tali air,” katanya. – BERNAMA