Chef Wan bersama-sama cucunya di hari raya. |
Selalunya, dalam ramai-ramai saudara-mara kita, mungkinlah ada seorang dua yang berat tulang untuk membantu dalam agenda kenduri-kendara, termasuklah melancarkan proses persiapan menyambut hari lebaran baru-baru ini, kan?
Bagaikan pahat, perlu diketuk barulah akan bergerak. Itupun secara terpaksa tanpa kerelaan hati. Perlu disuruh, barulah bergerak kerjanya.
Rupa-rupanya bukan orang biasa sahaja mengalami perkara sebegini, chef selebriti terkenal, Chef Wan turut terpalit sama dengan masalah sebegitu rupa.
Baru-baru ini, Chef Wan yang turut terkenal dengan "lazer"nya (tapi bertempat), meluahkan rasa kesalnya dengan sikap sesetengah saudara mara yang dikatakan malas untuk membantu dan meluangkan masa untul "membuta" di pagi hari raya.
Kekesalan itu diluahkan menerusi satu tulisannya di laman Instagram beliau yang mana Chef Wan memuat naik foto anak buahnya yang masih tidur di pagi raya sedangkan sudah pukul 9 pagi.
“By 9AM dah tak tahan lagi mula la mulut saya mengharuk satu rumah which like a yearly affair. Bangun bangun rasa nak sepak sepak sahaja manusia yang malas ini dari membuta sehingga matahari tu suluh ke jubur.”
“Ada yang tak mandi lagi dah mengadap TV pagi buta tergolek macam ikan buntal dah tak laku.
“I told my mother loud and clear and menyindir (tetapi) faham ke muka muka tebal yang tak tahu malu ni. Rumah ni bukan hotel ada barua to run around to feed some of them 3 meals a day!
“I am sure I am not the only one in Malaysia facing this issue with all this lazy and useless people. They are like parasite in our life. As far as I am concern mampus kau org la tak suka aku pun yang salah tetap salah. Ubah la sikap pemalas tu!”, luah chef nombor satu negara itu.
Ada betulnya teguran Chef Wan tu, kalau dah bermalam di rumah orang walaupun saudara sendiri, kita kenalah pandai-pandai bawa diri. Janganlah pula tidur macam kat rumah sendiri.
Namun, ada juga di kalangan peminat yang berpandangan bahawa Chef Wan tidak wajar memuat naik entri sebegitu kerana beliau boleh sahaja bercakap direct kepada saudara maranya daripada memalukan mereka di khalayak umum sedemikan rupa. -Kedahnews.com