Rumah Terbuka MB Kedah, Lebih 20,000 Banjiri Seri Mentaloon


ALOR SETAR – Lebih 20,000 orang mengunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir di kediaman rasminya di Seri Mentaloon pada Khamis.

Majlis yang bermula dari pukul 11 pagi hingga 4 petang itu turut menyaksikan Mukhriz dan isteri, Tok Puan Norzieta Zakaria beramah mesra dengan tetamu yang datang.

Turut hadir di sebelah petang ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Majlis turut diserikan dengan persembahan beberapa artis terkenal tanah air antaranya Ramli Sarip, Jamal Abdillah, Salamiah Hassan dan Lan Pet Pet.

Antara juadah yang disediakan ialah satay, nasi kandar, kuey teow dan buah-buahan tempatan. – BERNAMA