Sah: Penyerang Bola Sepak Sabah Parah Terlibat Kemalangan

Rozaimi parah selepas keretanya terbabas dan merempuh pokok di Batu 3.5 Jalan Tuaran Lama di sini semalam.
KOTA KINABALU – Penyerang bola sepak Sabah yang juga pemain negara Rozaimi Abd Rahman, 23, dilapor parah setelah terbabit dalam nahas di Jalan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Shan Tao di sini, tengah hari semalam.

Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K. Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu kira-kira pukul 1.34 tengah hari.

“Laporan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda terbabas di jalan berkenaan dan terdapat dua orang mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans untuk di bawa ke hospital. – BERNAMA